PT HUJAN EMAS (M) SDN BHD
Dari Meja Pengarah Urusan
PT HUJAN EMAS (M) SDN BHD adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera membuat R&D - TANAMAN - PEMBUATAN - PASARAN. Ia adalah USAHAWAN TULIN & PAKAR TEMPATAN. Syarikat yang beribu pejabat di Muar, Johor, Malaysia. Mempunyai cawangan di Kabupatin Siak Sri Indrapura, Bengkalis, Mandau, Riau, Republik Indonesia. Kini telah menjalankan operasi sejak 2003 sehingga kini produk yang dihasilkan adalah baja cecair WATER SOLUBLE FERTILIZER NEW MILLENNIUM dan baja organik ORGANIC SOIL CONDITIONER berjenama Cap Cenderawaseh. Untuk semua jenis tanaman yang berdaun dan telah diperakui secara Saintifik oleh SIRIM.QAS International.
Penggunaan baja cairan ini telah berjaya menembusi pasaran di dalam negeri dan kini di eksport ke Indonesia dan Thailand. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para petani di beberapa kawasan pendalaman di Riau, Sumatera, Acheh, Kepulauan Jawa dan Sulawesi Selatan. Penggunaan baja cecair ini mudah dan menjimatkan kos berbanding baja tabur. Hanya 1 liter baja cecair berbanding 50kg baja tabur (40 pokok sawit) Kekuatan baja cecair dan baja tabur adalah sama cuma cara ia bertindak tidak sama. Baja cecair cepat menyerap dan menampakanan kesan yang nyata. Ia perlu dicampur dengan air 2 dalam 1 dan boleh dicampur dengan racun serangga atau racun rumpai hanya dicampur berselang seli dengan bahan dan air.
WATER SOLUBLE FERTILIZER NEW MILLENNIUM adalah merupakan konsep teknologi BIOTEK masa kini dan akan datang. SELAMAT MENCUBA DAN ANDA PASTI PERCAYA
 |
PT HUJAN EMAS (M) SDN BHD
Syarikat PT HUJAN EMAS (M) SDN BHD telah membuat R&D tentang pendebungaan biji benih sawit (pollen) iaitu sistem pendebungaan dan kini telahpun mengeluarkan produk biji cambah sawit klon SUPER DxP yang kini telah pun ditanam ditanah miliknya sebagai percontohan kepada petani pekebun sawit sebagai bukti. Pengeluaran bagi klon ini 'KEBUN 1 EKAR HASIL 3 EKAR'. Bagi 2 kali potong bersamaan 1 bulan ambil hasil buah sawit. Kadang-kadang disebabkan dengan sistem penjagaan yang rapi dan sistem pembajaan yang betul ia boleh mencapai hasil '10 HARI SEKALI POTONG'. Bermakna 1 bulan 3 KALI HASIL. Kalau anda tidak percaya sila hadir ke di kebun Pak Husin, di Parit Jawa, Muar.
RIAU EXPO 2008
Pekan Baru Riau |
 |
PT HUJAN EMAS (M) SDN BHD telah mendapat undangan dan jemputan daripada unit-unit Dinas Perkebunan & Koperasi Perusahan Terbatas (PT) di Provensi Riau seperti di Kabupatin Meranti, Kabupatin Mandau, Kabupatin Karo, Sumatera Utara, Sumatera Barat untuk menjadi tenaga pengajar kepada petani--petani yang memerlukan idea-idea dan pengalaman baru dan membuat lawatan di tapak projek dan membuat demontrasi di kebun milik petani secara LIVE berkenaan cara-cara penanaman, penggunaan baja, perihal tanah dan jemputan ini telah pun di mulakan dari tahun 2007. Ini kerana petani di Riau telah menggunakan baja cecair yang telah di eksport ke Sumatera dalam bidang tanaman kelapa sawit.