|
Tembakul @ Blodook |
Belacak @ Belontok
@ Selayor |
|
Membina
lubang yang lebih besar |
Membina
lubang yang lebih kecil |
|
Dalam
lubang sehingga 3 kaki |
Dalam
lubang hanya 6 inci |
|
Masuk
kelubang dengan cara terjun |
Masuk
kelubang dengan cara mengundur |
|
Makan
umpan jika dipancing |
Tidak
makan umpan |
|
Menyelam dalam lubang antara 6-7 minit |
Menyelam
dalam lubang sekitar 3 minit |
|
Boleh
hidup di darat lebih lama |
Hidup di
darat lebih singkat |
|
Saiz lebih
besar |
Saiz lebih
kecil |
Sejarah Silam (Cerita dari orang tua-tua):
Ketika Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka,
beliau dan rombongan pedagangnya pernah singgah di Parit Unas, Muar,
Johor disebabkan bot tunda telah dipukul ombak
dan pecah di Parit Unas. Berdasarkan lunas
tembaga bot tunda Laksamana Cheng Ho telah
dijumpai oleh penduduk setempat, maka nama Lunas
tembaga itu telah disebut sebagai Parit Lunas,
tetapi pada ketika itu orang-orang cina menyebut
perkataan itu dengan pelat maka dipanggil unas,
sebenarnya lunas. Cerita daripada
mulut ke mulut orang tua-tua, maka Parit Unas
dinamakan Kampung Parit Unas, Mukim Parit Bakar,
Muar, Johor sempena Lunas tembaga bot Laksamana
Cheng Ho.
|

Pintu gerbang
menuju ke Tok Kong di Parit Unas, Muar |
Lokasi kedua
Laksamana Cheng Ho di pantai kuala Parit Jawa,
Muar, Johor. Laksamana Cheng Ho mengetahui
bahawa penduduk Parit Jawa terdiri dari
orang-orang jawa. Asalnya orang jawa itu terdiri
dari kaum ponorogo. Orang yang mula-mula membuka
Parit Jawa yang datangnya dari Tanah Jawa,
Indonesia. Sekarang kuburnya masih ada di
selekoh pantai Parit Jawa.
Setelah kedatangan
rombongan Laksamana Cheng Ho orang-orang jawa
telah menyambut dan mengadakan upacara maka
pengikut Laksamana Cheng Ho yang beragama buddha
telah mengadakan upacara sembahyang dan ketika
itu mereka telah mendirikan sebuah bangsal dan
meletakkan sebuah replika yang dibawa dari
negara Cina sebagai arah tuju sembahyang.
Selepas mengadakan upacara sembahyang,
orang-orang jawa telah menyajikan makanan yang
berbentuk penguat tubuh iaitu salah satu
bahan yang disediakan ialah ikan tembakul atau
blodok. Selepas keesokkan harinya mereka
bertanya kepada salah seorang orang jawa akan
khasiat ikan tembakul, maka orang jawa itu
memberitahu bahawa ikan tembakul mempunyai
antibodi yang kuat kerana ikan tembakul tinggal
didalam lubang lumpur lembut kerana asal manusia
dari tanah jua.
Maka setelah mengetahui khasiat ikan tembakul
maka ikan itu dipanggang dan diletakkan ditempat
sembahyang sebagai tanda kemakmuran,
kesejahteraan dan kasih sayang yang bertemakan
kepada hubungan adik dan abang atau
Satu Malaysia.
Maka orang-orang
cina yang bermastautin di Parit jawa yang
berpakaian seluar pendek hitam besar dengan
ikatan selimpang hijau sebagai talipinggang
telah meletakkan batu asas yang kini Tok Kong
Chor Ser Kong berusia 160 tahun. Tok Kong
pertama dan tertua di Malaysia.
|

Replika ikan tembakul yang diletak di
atas menara Tok Kong Chor Ser Kong pantai kuala
Parit Jawa. |
Kerana itulah
terdapat replika ikan tembakul yang diletak di
atas menara Tok Kong Chor Ser Kong pantai kuala
Parit Jawa sebagai simbol kemakmuran,
kesejahteraan dan kasih sayang.
|
Pepatah cina telah berkata, |
 |
"Lelaki bagi kasih, perempuan terima
sayang" |
 |
"Lelaki bagi sedap, perempuan terima
sedap" |
Inilah kajian yang dilakukan oleh anak tempatan
Hussin Bin Sudin. Pengarah urusan PT Hujan Emas
(M) Sdn Bhd. (Anak Jati Parit Jawa)
Setelah British menjajah Tanah Melayu, maka
segala ilmu khazanah orang-orang melayu
dipunggah ke London dan semua orang-orang melayu
pada ketika itu telah mengiktiraf bahawa
penjajah itu sebagai satu bangsa yang maju dan
tinggi martabatnya. Maka segala kebolehan dan
dan kepakaran orang-orang melayu di anggap
low class sedangkan kalau dikaji daripada
sejarah si tanggang (orang yakun) ibunya telah
menyumpah si tanggang sehingga bahtera dan si
tanggang menjadi batu. ini menunjukkan kehebatan
bangsa melayu pada ketika itu.
Kehebatan darjat
teknologi zaman kebangkitan manusia kenal Allah.
Sedangkan orang-orang British tidak
mempunyai teknologi kenal Allah pada ketika itu....
inilah silapnya ibu si tanggang menyumpah si
tanggang menjadi batu, kalaulah ibu si tanggang
menyumpah si tanggang menjadi emas, maka kayalah
kita semua.....
Sehingga ke hari
ini umat islam dan manusia seluruhnya hingga
kesaat ini pun tidak dapat merempuh teknologi
dizaman kebangkitan manusia kenal Allah kerana
kita hanya belajar ilmu qalam iaitu ilmu yang
dapat diterima oleh akal otak manusia sahaja.
Ilmu qalam boleh diajar oleh manusia kepada
manusia, boleh dikuasai oleh semua manusia
samaada islam atau pun kafir, asalkan ia manusia
dan pada ketika ini manusia islam di zaman moden
telahpun tewas dengan pencapaian ilmu teknologi
orang bukan islam.
Sedangkan ilmu
ghaib tidak mungkin dapat dikuasai oleh
orang-orang bukan islam. Jadi soalnya kenapa
orang-orang islam dizaman ini ketinggalan dalam
semua bidang?.... Dimanakah kesilapan kita?
Kerana kita mengangkat bangsa yang pernah
menjajah kita ditempat yang tinggi sedangkan
bangsa kita adalah bangsa nusantara iaitu
keturunan java. Java bermaksud "tahu semua".
Pepatah pujangga islam Ibni Arabi
telah berkata
 |
Bangsa
yang maju itu ialah bangsa yang mencipta
sejarah. |
 |
Bangsa yang mundur itu ialah bangsa
yang mengenang sejarah. |
 |
Bangsa yang malang itu ialah bangsa
yang membuang sejarah. |
Sebab itulah datuk moyang kita dahulu hebat
tetapi kita tak hebat kerana kita kenang sejarah
sahaja.
Contohnya
kata-kata "Akulah keturunan Daeng", "Akulah
keturunan Raden" dan pada hari ini kita tidak
menggunakan keilmuan datuk moyang kita. Kita
mengiktiraf bangsa yang menjajah kita sebagai
bangsa yang maju dan tidak mengiktiraf ilmu
teknologi bangsa kita sendiri. Maka jadi
malangkah kita semalang-malangnya sebab itu
kompang melayu kalau didengar betul-betul
agak-agak 200 meter irama yang dipukul itu
berbungi malang, malang, malang.... rugi...
malang, rugi.
Kalau kita dengar
irama tarian singa berbunyi dung dung sher yang
bermaksud untung, untung, untung dapat share.
Jika pula didengar kompang melayu digabungkan
dengan jidur jawa, lubang kencing, lubang jubur.
Ini menunjukkan bahawa orang jawa adalah satu
bangsa yang mengerti dari segi segala keilmuan.
Salam hormat dari
saya.